1

MAKLUMAT KENYATAAN TENDER KERJA BAGI NO TENDER: JKR/WPL/B/11/26

PERHATIAN : UNTUK MENYERTAI TENDER YANG DILAKSANAKAN OLEH JABATAN KERJA RAYA MALAYSIA MELALUI SISTEM JKR E-TENDER (JET), PETENDER PERLU MEMPUNYAI AKAUN DAN LOG MASUK KE DALAM SISTEM JET UNTUK TINDAKAN SELANJUTNYA. PENDAFTARAN AKAUN BAGI SETIAP PETENDER (SYARIKAT) ADALAH SEKALI SAHAJA. SILA HUBUNGI PEJABAT MEMBUAT TAWARAN TENDER UNTUK SEBARANG PERTANYAAN.
MAKLUMAT PROJEK
PROJEK KERJA-KERJA PENYELENGGARAAN DAN BAIKPULIH KEROSAKAN SERTA LAIN-LAIN KERJA BERKAITAN DI ASRAMA PEREMPUAN (BLOK L & M) & KUARTERS KAKITANGAN (BLOK P) SEKOLAH MENENGAH SAINS LABUAN WILAYAH PERSEKUTUAN LABUAN
SYARAT KEHADIRAN KE LAWATAN TAPAK/TAKLIMAT TENDER WAJIB

MAKLUMAT LAWATAN ADALAH SEPERTI BERIKUT:
TARIKH LAWATAN: 15/10/2026
MASA LAWATAN: 10:00 AM
LOKASI LAWATAN: BILIK GERAKAN, JKR WP LABUAN

MAKLUMAT TAKLIMAT ADALAH SEPERTI BERIKUT:
TARIKH TAKLIMAT: 15/10/2026
MASA TAKLIMAT: 08:30 AM
LOKASI TAKLIMAT: BILIK GERAKAN, JKR WP LABUAN
TARIKH IKLAN 08/10/2026
PEJABAT MEMBUAT TAWARAN TENDER 087506000
SHAZRAN BIN HAZLI
0198026691 / SHAZRAN@JKR.GOV.MY
MAKLUMAT KONTRAKTOR
TARAF BUMIPUTERA
JENIS SYARIKAT T1
PENDAFTARAN CIDBPERAKUAN PENDAFTARAN KONTRAKTOR (PPK)
GRED : G6
KATEGORI : B
PENGKHUSUSAN : B24

LAIN-LAIN PENDAFTARAN PUKONSA
KELAS: A
TAJUK: II
TAJUK KECIL:
UPKJ
KELAS: A
KEPALA: II & VI
SUB KEPALA: IV & VI



KRITERIA PRA KELAYAKAN
MAKLUMAT DOKUMEN
HARGA RM 300
MAKLUMAT BAYARAN
BILLER CODE: JKR WP LABUAN 425520
NOTA: JKR NEGERI WP LABUAN
REF 1: JKR/WPL/B/11/26
Ref 2: NAMA SYARIKAT ANDA

BAYARAN TIDAK AKAN DIKEMBALIKAN SEKIRANYA PETENDER GAGAL MEMENUHI SYARAT-SYARAT YANG TELAH DITETAPKAN.

PAUTAN UNTUK MEMUAT TURUN DOKUMEN TENDER (JIKA BERKENAAN) AKAN DIAKTIFKAN SETELAH SELESAI PROSES LAWATAN TAPAK/TAKLIMAT TENDER (SEKIRANYA WAJIB) DAN PEMBAYARAN. PETENDER DIKEHENDAKI LOG MASUK KE DALAM SISTEM UNTUK MEMUAT TURUN DOKUMEN TENDER.
TARIKH MULA DIJUAL 22/10/2026
TARIKH AKHIR DIJUAL 29/10/2026
TEMPAT DIJUAL SISTEM JET
WAKTU TUTUP JUAL TENDER05:00 PM
TEMPAT DITUTUPSISTEM JET
TARIKH TENDER DITUTUP 18/11/2026
WAKTU TENDER DITUTUP 12:00 PM
NOTA NOTA IKLAN

LAWATAN TAPAK dan sesi TAKLIMAT TENDER adalah DIWAJIBKAN. Hanya PENAMA yang tercatat di dalam sijil PPK / SPKK / PUKONSA / UPKJ/STB yang dibenarkan menghadiri lawatan tapak dan sesi taklimat berkenaan. Kontraktor / syarikat TIDAK BOLEH mewakilkan pegawai selain daripada penama dalam sijil PPK / SPKK / PUKONSA / UPKJ/STB.

Kebenaran Khas daripada CIDB atau PUKONSA atau UPKJ TIDAK DIBENARKAN untuk pengkhususan bidang kerja yang telah ditetapkan.

Petender mempunyai PPK & SPKK & STB atau PPK & sijil PUKONSA & STB atau PPK & Sijil UPKJ & STB dalam gred/kelas, kategori dan pengkhususan yang ditetapklan dalam kenyataan tender (Sijil Taraf Bumiputera (STB) dari Pusat Khidmat Kontraktor)

Penyebutharga WAJIB mengemukakan Sijil Pematuhan Cukai (Tax Compliance Certificate - TCC), Borang Pengisytiharan Pemunya Benefisial (BO) dan Surat Akuan Syarikat Dalam Menangani Jenayah Pemerdagangan Orang dan Buruh Paksa (SA).

SISTEM JKR E-TENDER (JET)

Proses tender ini dilaksanakan secara dalam talian melalui Sistem JET:
a) Kontraktor yang berminat menyertai tender hendaklah membuat pendaftaran dalam portal https://tender.jkr.gov.my. Pendaftaran akaun pengguna kontraktor hanya perlu dibuat sekali sahaja dengan menggunakan nama syarikat yang berkenaan.
b) Hanya kontraktor berdaftar sahaja boleh menyertai tender yang menggunakan Sistem JET. Langkah-langkah untuk membuka akaun dan mendaftar masuk sistem boleh dirujuk menerusi Manual Pengguna yang boleh dimuat turun melalui portal https://tender.jkr.gov.my
c) Kontraktor yang telah berdaftar dengan Sistem JET akan menerima ID dan Kata Laluan untuk log masuk, melihat paparan iklan, membeli dan mengemukakan dokumen tender.

TAKLIMAT TENDER & LAWATAN TAPAK

a) Kontraktor yang LAYAK dan berminat dikehendaki untuk memohon untuk hadir ke lawatan tapak dan taklimat tender melalui Sistem JET di portal https://tender.jkr.gov.my sebelum tarikh lawatan tapak yang ditetapkan.
b) Permohonan kontraktor untuk menghadiri lawatan tapak dan taklimat tender akan disahkan oleh pejabat yang mengeluarkan tender.
c) Kontraktor dikehendaki untuk menghadiri lawatan tapak dan taklimat tender yang berkenaan pada masa, tarikh dan tempat yang telah ditetapkan dan perlu membawa Bersama Kad Pengenalan Diri dan sijil ASAL dan SALINAN sijil yang tersebut di atas untuk semakan dan rujukan.
d) Kontraktor perlu memuat naik bukti kehadiran secara dalam talian melalui Sistem JET di portal https://tender.jkr.gov.my untuk disahkan oleh pejabat yang mengeluarkan tender. Kegagalan kontraktor untuk mengemukakan bukti kehadiran lawatan tapak dan taklimat tender akan menyebabkan kontraktor tidak layak menyertai tender.
e) Sila bawa Cop Syarikat Beralamat untuk memudahkan urusan pendaftaran semasa lawatan tapak dan taklimat tender dijalankan.

PEMBELIAN DOKUMEN TENDER

a) Kontraktor yang LAYAK perlu memuat naik salinan (dalam format *pdf):
i. Bukti pembayaran / resit bayaran (Slip JomPAY); dan
ii. Perakuan Pendaftaran Kontraktor (PPK); dan
iii. Sijil Taraf Bumiputera (STB) dari Pusat Khidmat Kontraktor; dan
iv. Sijil Perolehan Kerja Kerajaan (SPKK), CIDB atau Sijil PUKONSA atau Sijil UPKJ
b) Dokumen tender hanya akan dijual kepada kontraktor yang LAYAK berdasarkan kepada maklumat pendaftaran dan bukti pembayaran yang dikemukakan. Bayaran TIDAK akan dikembalikan sekiranya kontraktor gagal memenuhi syarat-syarat yang telah ditetapkan.

PERINGATAN

Pejabat Mengeluarkan Tender (PMT) tidak akan bertanggungjawab di atas kecuaian kontraktor dalam memastikan kesempurnaan penerimaan emel, isu pembayaran dan dokumen yang dimuat turun
DOKUMEN TENDER  DOKUMEN MEJA TENDER     


Selaras dengan arahan terkini tiada lagi paparan Jadual Borang Tender (JKR28).
1