• Utama
  • Log Masuk
  • Manual Pengguna
  • Faq
  • Helpdesk
UMUM
Bagaimanakah cara untuk membuka akaun di dalam Sistem Tender JKR 2.0?

Sila layari Sistem Tender Online dan muat turun Manual Pengguna bagi penjelasan lanjut berkenaan cara pendaftaran bagi Kontraktor. Manakala, bagi pengguna selain daripada kontraktor sila berhubung dengan Pentadbir Pejabat di Negeri dan Cawangan masing-masing. Bagi tujuan muat turun dokumen manual sila klik di SINI untuk penjelasan yang lebih terperinci.

Dimana saya boleh menghantar aduan berkenaan dengan masalah pendaftaran id pengguna?

Sebarang aduan berkenaan tender tersebut dan sistem boleh disalurkan kepada Pegawai Pengurus Tender (PMT).

Saya tidak mendapat emel daripada sistem Tender Tender JKR 2.0 bagi katalaluan daripada sistem selepas selesai membuat pendaftaran?

Terdapat beberapa perkara perlu dilihat oleh pengguna sekiranya tidak menerima katalaluan, sila semak kuota "Inbox" email samada telah penuh atau tidak. Sekiranya kuota "Inbox" tidak penuh, sila semak di ruangan "SPAM" atau "JUNK MAIL". Jika tiada, mohon kemukakan butiran maklumat seperti Nama Syarikat, No.CIDB dan Alamat emel kepada PMT untuk tindakan selanjutnya selepas 24 jam daripada masa pendaftaran.

Apakah yang perlu dilakukan sekiranya semasa proses muat naik dokumen berlaku kegagalan sistem?

Sekiranya berlaku kegagalan sistem seperti "Sistem Error" sila lakukan penyenggaraan terhadap pelayaran Google anda seperti "Clear Hystory, Catch dan cookies" di browser. Setelah melaksanakan penyenggaraa tersebut sila log masuk semula. Sekiranya kegagalan sistem masih berlaku hubungi PMT bagi tindakan selanjutnya.

Apakah web browser yang sesuai untuk mengakses aplikasi Sistem Tender Atas Talian JKR 2.0?

Web browser yang sesuai untuk mengakses sistem adalah Mozilla FireFox dan Google Chrome.

Bagaimana dokumen tender boleh dimuat turun?

Proses muat turun dokumen tender hanya akan diaktifkan selepas slip kehadiran, resit pembelian dan sijil pendaftaran telah disahkan oleh PMT.

Bagaimana sekiranya petender tersilap muat naik dokumen tender?

Kesemua dokumen tender yang telah selesai muat naik tidak lagi dibenarkan untuk muat naik semula sekiranya butang pengesahan pengakuan dokumen tender diaktifkan oleh Petender. Adalah menjadi tanggungjawab petender untuk memastikan semua dokumen yang dimuat naik adalah sahih dan tiada lagi kesalahan dan akibat daripada kecuaian petender akan menyebabkan Petender tersebut gagal dalam proses seterusnya.

TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB SELEPAS TUTUP TENDER - JAWATANKUASA PEMBUKA TENDER (JMT)
Sekiranya petender tidak mengisi harga tawaran pada Borang Tender, Adakah tender perlu disenaraikan dalam JKR 28?

YA. Tender perlu disenaraikan dalam JKR 28. Ruangan harga dibiarkan kosong.
JMT perlu membuat pindaan secara manual dan tandatangan ringkas pada Borang JKR 28 sebelum muat naik ke dalam Sistem JET.

Sekiranya petender tidak mengemukakan borang tender. Adakah tender perlu disenaraikan dalam JKR 28?

YA. Tender perlu disenaraikan dalam JKR 28. Ruangan harga dibiarkan kosong.
JMT perlu membuat pindaan secara manual dan tandatangan ringkas pada Borang JKR 28 sebelum muat naik ke dalam Sistem JET.

Sekiranya petender mengemukakan borang tender yang tidak lengkap/sempurna (eg; muat naik kertas kosong/ muka surat tidak mencukupi. Adakah tender perlu disenaraikan dalam JKR 28?

YA. Tender perlu disenaraikan dalam JKR 28. Ruangan harga dibiarkan kosong.
JMT perlu membuat pindaan secara manual dan tandatangan ringkas pada Borang JKR 28 sebelum muat naik ke dalam Sistem JET.

Sekiranya petender mengemukakan borang tender yang tidak dimuat turun dari sistem JET. Adakah tender perlu disenaraikan dalam JKR 28?

YA. Tender perlu disenaraikan dalam JKR 28. Ruangan harga dibiarkan kosong.
JMT perlu membuat pindaan secara manual dan tandatangan ringkas pada Borang JKR 28 sebelum muat naik ke dalam Sistem JET.

Sekiranya petender mengemukakan harga yang berbeza pada borang tender, ringkasan tender format PDF dan/atau ringkasan tender format EXCEL, adakah tender perlu disenaraikan dalam JKR 28?

YA. Tender perlu disenaraikan dalam JKR 28. Harga tawaran seperti dalam borang tender.
JMT perlu membuat pindaan secara manual dan tandatangan ringkas pada Borang JKR 28 sebelum muat naik ke dalam Sistem JET.

TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB SELEPAS TUTUP TENDER - JAWATANKUASA PENILAIAN TENDER (JPT)
Sekiranya petender tidak mengisi harga tawaran pada Borang Tender, Adakah tender perlu disenaraikan dalam penetapan harga cut-off?

YA. Tender perlu disenaraikan dalam penetapan harga cut-off. Ruangan harga dibiarkan kosong.

Sekiranya petender tidak mengemukakan borang tender. Adakah tender perlu disenaraikan dalam penetapan harga cut-off?

YA. Tender perlu disenaraikan dalam penetapan harga cut-off. Ruangan harga dibiarkan kosong.

Sekiranya petender mengemukakan borang tender yang tidak lengkap/sempurna (eg; muat naik kertas kosong/ muka surat tidak mencukupi. Adakah tender perlu disenaraikan dalam penetapan harga cut-off?

YA. Tender perlu disenaraikan dalam penetapan harga cut-off. Ruangan harga dibiarkan kosong.

Sekiranya petender mengemukakan borang tender yang tidak dimuat turun dari sistem JET. Adakah tender perlu disenaraikan dalam penetapan harga cut-off?

YA. Tender perlu disenaraikan dalam penetapan harga cut-off. Petender dianggap tidak mengemukakan dokumen asas yang cukup. Ruangan harga dibiarkan kosong.

Sekiranya petender mengemukakan harga yang berbeza pada borang tender, ringkasan tender format PDF dan/atau ringkasan tender format EXCEL, adakah tender perlu disenaraikan dalam penetapan harga cut-off?

YA. Tender perlu disenaraikan dalam penetapan harga cut-off. Harga tawaran dalam borang tender akan disenaraikan dalam penetapan harga cut-of

Copyright © 2021 - Bahagian Dokumentasi & ICT, Cawangan Kontrak & Ukur Bahan | https://tenderonline.jkr.gov.my | Lets The Tendering Begin!!