1

MAKLUMAT KENYATAAN TENDER KERJA BAGI NO TENDER: JKR/IP/CKIP/2024/03

PERHATIAN : UNTUK MENYERTAI TENDER YANG DILAKSANAKAN OLEH JABATAN KERJA RAYA MALAYSIA MELALUI SISTEM JKR E-TENDER (JET), PETENDER PERLU MEMPUNYAI AKAUN DAN LOG MASUK KE DALAM SISTEM JET UNTUK TINDAKAN SELANJUTNYA. PENDAFTARAN AKAUN BAGI SETIAP PETENDER (SYARIKAT) ADALAH SEKALI SAHAJA. SILA HUBUNGI PEJABAT MEMBUAT TAWARAN TENDER UNTUK SEBARANG PERTANYAAN.
MAKLUMAT PROJEK
PROJEK MEMBINA TERMINAL BERSEPADU BAS DAN TEKSI, JERTEH, TERENGGANU
SYARAT KEHADIRAN KE LAWATAN TAPAK/TAKLIMAT TENDER WAJIB

MAKLUMAT LAWATAN ADALAH SEPERTI BERIKUT:
TARIKH LAWATAN: 20/08/2024
MASA LAWATAN: 11:00 AM
LOKASI LAWATAN: STESEN BAS JERTEH

MAKLUMAT TAKLIMAT ADALAH SEPERTI BERIKUT:
TARIKH TAKLIMAT: 20/08/2024
MASA TAKLIMAT: 10:00 AM
LOKASI TAKLIMAT: Pejabat Jurutera Daerah, JKR Besut
TARIKH IKLAN 06/08/2024
PEJABAT MEMBUAT TAWARAN TENDER BAHAGIAN KONTRAK & UKUR BAHAN, CAWANGAN KEJURUTERAAN INFRASTRUKTUR PENGANGKUTAN
MOHD KHUZAIERI BIN MUDZAMER
0326107203 / 0326107211 / BKUB03CKIP@JKR.GOV.MY
MAKLUMAT KONTRAKTOR
TARAF BUMIPUTERA
JENIS SYARIKAT T1
PENDAFTARAN CIDBSIJIL PEROLEHAN KERJA KERAJAAN (SPKK)
GRED : G7
KATEGORI : B & CE
PENGKHUSUSAN : PEMBINAAN BANGUNAN (KEBENARAN KHAS TIDAK DIBENARKAN)

PERAKUAN PENDAFTARAN KONTRAKTOR (PPK)
GRED : G7
KATEGORI : B & CE
PENGKHUSUSAN : B01, B04, CE21 (KEBENARAN KHAS TIDAK DIBENARKAN)

LAIN-LAIN PENDAFTARAN PUKONSA
KELAS: A
TAJUK: I & II
TAJUK KECIL: TAJUK I, TAJUK KECIL 1 & TAJUK II, TAJUK KECIL 2A & 4
UPKJ
KELAS: A
KEPALA: I & II
SUB KEPALA: KEPALA I , SUB KEPALA 1 & KEPALA II, SUB KEPALA 2A & 2B



KRITERIA PRA KELAYAKAN
MAKLUMAT DOKUMEN
HARGA RM 500
MAKLUMAT BAYARAN
BILLER CODE:KKR 177501
NOTA: KEMENTERIAN KERJA RAYA
REF 1: JKR/IP/CKIP/2024/03
Ref 2: NAMA SYARIKAT ANDA

BAYARAN TIDAK AKAN DIKEMBALIKAN SEKIRANYA PETENDER GAGAL MEMENUHI SYARAT-SYARAT YANG TELAH DITETAPKAN.

PAUTAN UNTUK MEMUAT TURUN DOKUMEN TENDER (JIKA BERKENAAN) AKAN DIAKTIFKAN SETELAH SELESAI PROSES LAWATAN TAPAK/TAKLIMAT TENDER (SEKIRANYA WAJIB) DAN PEMBAYARAN. PETENDER DIKEHENDAKI LOG MASUK KE DALAM SISTEM UNTUK MEMUAT TURUN DOKUMEN TENDER.
TARIKH MULA DIJUAL 21/08/2024
TARIKH AKHIR DIJUAL 28/08/2024
TEMPAT DIJUAL SECARA ATAS TALIAN MELALUI SISTEM JKR E-TENDER (JET)
WAKTU TUTUP JUAL TENDER05:00 PM
TEMPAT DITUTUPSECARA ATAS TALIAN MELALUI SISTEM JKR E-TENDER (JET)
TARIKH TENDER DITUTUP 19/09/2024
WAKTU TENDER DITUTUP 12:00 PM
NOTA Kontraktor TIDAK DIBENARKAN memohon kebenaran khas daripada CIDB atau PUKONSA atau UPKJ untuk pengkhususan bidang kerja yang ditetapkan

Kontraktor perlu memohon untuk menyertai Taklimat Tender dan Lawatan Tapak sebelum 20 Ogos 2024. Sila klik butang 'MOHON TAKLIMAT' di dalam Sistem JKR E-Tender

A. PENDAFTARAN KONTRAKTOR :
Kontraktor hendaklah mempunyai:
a. Perakuan Pendaftaran Kontraktor (PPK) dan Sijil Perolehan Kerja Kerajaan (SPPK) dengan Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) hendaklah masih berkuatkuasa sekurang-kurangnya melebihi 3 bulan daripada tarikh tutup tender.
b. Mempunyai Sijil SCORE CIDB dengan minimum 3 Bintang.
c. Kontraktor tidak mempunyai kerja semasa yang ‘sakit’ serta bebas daripada rekod prestasi yang tidak memuaskan dari segi tempoh penyiapan projek serta kualiti kerja yang dilaksanakan oleh kontraktor dalam tempoh lima (5) tahun lalu.
d. Kontraktor berdaftar yang telah digantung oleh CIDB dari menyertai tender, TIDAK LAYAK untuk menyertai tender ini.

B. JKR E-TENDERING (SISTEM JET) :
Proses tender ini dilaksanakan secara dalam talian melalui Sistem JET.
a) Petender yang berminat menyertai tender ini hendaklah membuat pendaftaran dalam portal https://tender.jkr.gov.my. Pendaftaran akaun pengguna (kontraktor) hanya perlu dibuat sekali sahaja dengan menggunakan nama syarikat yang berkenaan.
b) Hanya petender berdaftar sahaja boleh menyertai tender yang menggunakan Sistem JET. Langkah-langkah untuk membuka akaun dan mendaftar masuk sistem boleh dirujuk menerusi Manual Pengguna yang boleh dimuat turun melalui portal Sistem JET.
c) Kontraktor yang telah berdaftar dengan Sistem JET akan menerima ID dan kata laluan untuk log masuk, melihat paparan iklan, membeli dan mengemukakan dokumen tender.
d) Dokumen Meja Tender boleh disemak dan dokumen tender boleh diperolehi secara dalam talian melalui Sistem Jet.

C. TAKLIMAT & LAWATAN TAPAK :
a) Taklimat & Lawatan tapak secara fizikal adalah DIWAJIBKAN bagi semua petender. Hanya penama yang tercatat didalam sijil PPK, SPKK, PUKONSA atau UPKJ sahaja dibenarkan menghadiri taklimat dan lawatan tapak. Wakil syarikat tidak dibenarkan menghadiri taklimat dan lawatan tapak.
b) Sila bawa cop nama Syarikat Beralamat dan sijil-sijil berkaitan untuk memudahkan urusan pendaftaran semasa taklimat tender & lawatan tapak dijalankan.

D. PEMBELIAN DOKUMEN TENDER :
a) Kontraktor yang LAYAK perlu memuatnaik salinan (dalam format *pdf) Sijil Perakuan Pendaftaran Kontraktor (PPK) & Sijil Perolehan Kerja Kerajaan (SPKK) dengan CIDB atau Sijil Perakuan Pendaftaran Kontraktor (PPK) & Sijil UPKJ atau Sijil Perakuan Pendaftaran Kontraktor (PPK) dan Sijil PUKONSA; dan bukti pembayaran (Slip JomPAY) bagi tujuan pembelian dokumen tender.
b) Dokumen tender hanya akan dijual kepada Kontraktor yang LAYAK berdasarkan kepada maklumat pendaftaran dan bukti pembayaran yang dikemukakan. Bayaran TIDAK akan dikembalikan sekiranya petender gagal memenuhi syarat-syarat yang telah ditetapkan.

E. PERINGATAN :
a) Pejabat Mengurus Tender (PMT) tidak akan bertanggungjawab di atas kecuaian Kontraktor dalam memastikan kesempurnaan penerimaan e-mel, isu pembayaran dan dokumen yang dimuat turun.
b) Sebarang masalah boleh hubungi secara e-mel : bkub03ckip@jkr.gov.my
DOKUMEN TENDER  DOKUMEN MEJA TENDER     



Selaras dengan arahan terkini tiada lagi paparan Jadual Borang Tender (JKR28).
1