1

MAKLUMAT KENYATAAN TENDER KERJA BAGI NO TENDER: JKR/CKE/22285/2025

PERHATIAN : UNTUK MENYERTAI TENDER YANG DILAKSANAKAN OLEH JABATAN KERJA RAYA MALAYSIA MELALUI SISTEM JKR E-TENDER (JET), PETENDER PERLU MEMPUNYAI AKAUN DAN LOG MASUK KE DALAM SISTEM JET UNTUK TINDAKAN SELANJUTNYA. PENDAFTARAN AKAUN BAGI SETIAP PETENDER (SYARIKAT) ADALAH SEKALI SAHAJA. SILA HUBUNGI PEJABAT MEMBUAT TAWARAN TENDER UNTUK SEBARANG PERTANYAAN.
MAKLUMAT PROJEK
PROJEK PEMASANGAN ELEKTRIK UNTUK PEMBINAAN BANGUNAN MARKAS PANGKALAN, BASE COMMAND CONTROL CENTER (BCCC) DAN SKUADRON HANDAU DI PANGKALAN UDARA LABUAN
SYARAT KEHADIRAN KE LAWATAN TAPAK/TAKLIMAT TENDER DIGALAKKAN

MAKLUMAT LAWATAN ADALAH SEPERTI BERIKUT:
TARIKH LAWATAN:
MASA LAWATAN:
LOKASI LAWATAN: PANGKALAN UDARA LABUAN

MAKLUMAT TAKLIMAT ADALAH SEPERTI BERIKUT:
TARIKH TAKLIMAT: 21/01/2025
MASA TAKLIMAT: 10:00 AM
LOKASI TAKLIMAT: Online - Pautan Taklimat Tender: https://meet.google.com/xxu-dnmv-qfm
TARIKH IKLAN 17/01/2025
PEJABAT MEMBUAT TAWARAN TENDER CAWANGAN KEJURUTERAAN ELEKTRIK, IBU PEJABAT JKR, KUALA LUMPUR.
IR. TS. MUHAMMAD ZAIDI BIN MAHMOOD
0326189869 / ZAIDIMHD@JKR.GOV.MY
MAKLUMAT KONTRAKTOR
TARAF TERBUKA
JENIS SYARIKAT T1
PENDAFTARAN CIDBPERAKUAN PENDAFTARAN KONTRAKTOR (PPK)
GRED : G5 DAN KEATAS
KATEGORI : ME
PENGKHUSUSAN : E04, E11, E17, E32

LAIN-LAIN PENDAFTARAN PUKONSA
KELAS:
TAJUK: VII ELECTRICAL WORKS
TAJUK KECIL: 1, 3
UPKJ
KELAS:
KEPALA:
SUB KEPALA:



KRITERIA PRA KELAYAKAN
MAKLUMAT DOKUMEN
HARGA RM 100
MAKLUMAT BAYARAN
BILLER CODE:KKR 177501
NOTA: KEMENTERIAN KERJA RAYA
REF 1: JKR/CKE/22285/2025
Ref 2: NAMA SYARIKAT ANDA

BAYARAN TIDAK AKAN DIKEMBALIKAN SEKIRANYA PETENDER GAGAL MEMENUHI SYARAT-SYARAT YANG TELAH DITETAPKAN.

PAUTAN UNTUK MEMUAT TURUN DOKUMEN TENDER (JIKA BERKENAAN) AKAN DIAKTIFKAN SETELAH SELESAI PROSES LAWATAN TAPAK/TAKLIMAT TENDER (SEKIRANYA WAJIB) DAN PEMBAYARAN. PETENDER DIKEHENDAKI LOG MASUK KE DALAM SISTEM UNTUK MEMUAT TURUN DOKUMEN TENDER.
TARIKH MULA DIJUAL 23/01/2025
TARIKH AKHIR DIJUAL 13/02/2025
TEMPAT DIJUAL SISTEM JKR E-TENDER (JET) - ATAS TALIAN
WAKTU TUTUP JUAL TENDER05:00 PM
TEMPAT DITUTUPSISTEM JKR E-TENDER (JET) - ATAS TALIAN
TARIKH TENDER DITUTUP 11/03/2025
WAKTU TENDER DITUTUP 12:00 PM
NOTA 1) KEBENARAN KHAS DARIPADA CIDB TIDAK DIBENARKAN UNTUK PENGKHUSUSAN BIDANG KERJA YANG DITETAPKAN.

2) LAWATAN TAPAK DAN TAKLIMAT TENDER:
a) Tiada lawatan tapak untuk tender ini dan hanya digalakkan sahaja.
b) Taklimat Tender adalah secara ATAS TALIAN serta DIGALAKKAN.
Pautan: https://meet.google.com/xxu-dnmv-qfm

3) PENDAFTARAN KONTRAKTOR:
a) Kontraktor yang mempunyai Perakuan Pendaftaran Kontraktor (PPK), Sijil Perolehan Kerja Kerajaan (SPPK) dengan Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) dan UPKJ hendaklah masih berkuatkuasa sekurang-kurangnya melebihi 3 bulan daripada tarikh tutup tender.
b) Kontraktor tidak mempunyai kerja semasa yang ‘sakit’ serta bebas daripada rekod prestasi yang tidak memuaskan dari segi tempoh penyiapan projek serta kualiti kerja yang dilaksanakan oleh kontraktor dalam tempoh lima (5) tahun lalu.
c) Kontraktor berdaftar yang telah digantung oleh CIDB dan UPKJ dari menyertai tender, TIDAK LAYAK untuk menyertai tender ini.

4) SISTEM JKR E-TENDER (JET):
Proses tender ini dilaksanakan secara dalam talian melalui Sistem JET:
a) Kontraktor yang berminat menyertai tender hendaklah membuat pendaftaran dalam portal https://tender.jkr.gov.my . Pendaftaran akaun pengguna kontraktor hanya perlu dibuat sekali sahaja dengan menggunakan nama syarikat yang berkenaan.
b) Hanya kontraktor berdaftar sahaja boleh menyertai tender yang menggunakan Sistem JET. Langkah-langkah untuk membuka akaun dan mendaftar masuk sistem boleh dirujuk menerusi Manual Pengguna yang boleh dimuat turun melalui portal https://tender.jkr.gov.my
c) Kontraktor yang telah berdaftar dengan Sistem JET akan menerima ID dan Kata Laluan untuk log masuk, melihat paparan iklan, membeli dan mengemukakan dokumen tender.

5) PEMBELIAN DOKUMEN TENDER:
a) Petender yang LAYAK hendaklah membuat pembayaran menggunakan JOMPAY bagi pembelian Dokumen Tender dalam tempoh yang telah ditetapkan. Petender perlu memuat naik bukti transaksi melalui Sistem JET.
b) Kontraktor yang LAYAK perlu memuat naik salinan (dalam format *pdf):
i. Bukti pembayaran / resit bayaran (Slip JomPAY); dan
ii. Bukti pembayaran / resit bayaran (Resit Penerimaan Bayaran Deposit Security);dan
iii. Perakuan Pendaftaran Kontraktor (PPK);dan
iv. Sijil Taraf Bumiputera dari Pusat Khidmat Kontraktor ;dan
v. Sijil Perolehan Kerja Kerajaan (SPKK), CIDB atau Sijil PUKONSA atau Sijil UPKJ
c) Dokumen tender hanya akan dijual kepada kontraktor yang LAYAK berdasarkan kepada maklumat pendaftaran dan bukti pembayaran yang dikemukakan. Bayaran TIDAK akan dikembalikan sekiranya kontraktor gagal memenuhi syarat-syarat yang telah ditetapkan.

6) BAYARAN DEPOSIT UNTUK SECURITY DRAWING/ SECURITY DOCUMENT:
a) Bayaran deposit hendaklah dibayar dalam tempoh penjualan dokumen tender. Maklumat bayaran adalah seperti berikut:
i) Bayaran deposit sebanyak RM 5,000.00
ii) Dibayar dalam bentuk draf bank daripada bank yang berlesen dan beroperasi di Malaysia atau kiriman wang
iii) Dibayar atas nama Akauntan Negara Malaysia -KKR-T
b) Bayaran secara Wang Tunai atau cek adalah tidak diterima.
c) Kontraktor perlu mengemukakan salinan Asli deposit ke pejabat Cawangan Pengurusan Perolehan dan Harta (CPPH), Kementerian Kerja Raya (KKR), Tingkat Bawah Blok A, Kompleks Kementerian Kerja Raya, Jalan Sultan Salahuddin, 50582, Kuala Lumpur dalam tempoh penjualan dokumen tender
d) Kontraktor perlu memuat naik (upload) resit penerimaan bayaran deposit yang diterima daripada CPPH,KKR bersama - sama Slip JomPay bagi bayaran Dokumen Tender ke dalam sistem dalam tempoh penjualan dokumen tender bagi membolehkan petender memuat turun (download) dokumen tender.
e) Kerajaan tidak akan bertanggungjawab sekiranya petender tidak membuat bayaran dokumen seperti yang ditetapkan.
f) Deposit ini akan dikembalikan apabila petender mengemukakan Borang Aku Janji Petender (dilampirkan bersama dokumen tender – Borang H) bahawa petender hanya memuat turun dan tidak mencetak atau mengedarkan lukisan dan dokumen tersebut dalam apa bentuk jua sekalipun.
g) Lukisan tender (CD) - Security Drawing boleh diperolehi hadir secara fizikal di Pejabat Cawangan Kejuruteraan Elektrik, Tingkat 13 Blok G, Ibu Pejabat JKR Malaysia, Kuala Lumpur ATAU pihak Pejabat Mengeluarkan Tender (PMT) akan menghantar CD lukisan tender secara pos berdaftar kepada Petender yang layak dan sudah membuat mengemukakan semua resit bayaran dalam Sistem JET

7) PERINGATAN:
Pejabat Mengeluarkan Tender (PMT) tidak akan bertanggungjawab di atas kecuaian kontraktor dalam memastikan kesempurnaan penerimaan emel, isu pembayaran, dokumen yang dimuat turun dan dokumen yang dimuat naik.
DOKUMEN TENDER  DOKUMEN MEJA TENDER     


Selaras dengan arahan terkini tiada lagi paparan Jadual Borang Tender (JKR28).
1