1

MAKLUMAT KENYATAAN TENDER KERJA BAGI NO TENDER: JKR/PERS/CKC/002/2025

PERHATIAN : UNTUK MENYERTAI TENDER YANG DILAKSANAKAN OLEH JABATAN KERJA RAYA MALAYSIA MELALUI SISTEM JKR E-TENDER (JET), PETENDER PERLU MEMPUNYAI AKAUN DAN LOG MASUK KE DALAM SISTEM JET UNTUK TINDAKAN SELANJUTNYA. PENDAFTARAN AKAUN BAGI SETIAP PETENDER (SYARIKAT) ADALAH SEKALI SAHAJA. SILA HUBUNGI PEJABAT MEMBUAT TAWARAN TENDER UNTUK SEBARANG PERTANYAAN.
MAKLUMAT PROJEK
PROJEK KERJA NAIKTARAF DAN PEMBAIKAN TANAH RUNTUH DI TEBING SUNGAI JELOK DAN PEMBAIKAN JAMBATAN DI KAWASAN KOMPLEKS PENJARA KAJANG
SYARAT KEHADIRAN KE LAWATAN TAPAK/TAKLIMAT TENDER WAJIB

MAKLUMAT LAWATAN ADALAH SEPERTI BERIKUT:
TARIKH LAWATAN: 17/03/2025
MASA LAWATAN: 10:30 AM
LOKASI LAWATAN: DEWAN KELAB PENJARA, SG JELOK, KAJANG

MAKLUMAT TAKLIMAT ADALAH SEPERTI BERIKUT:
TARIKH TAKLIMAT: 17/03/2025
MASA TAKLIMAT: 10:30 AM
LOKASI TAKLIMAT: DEWAN KELAB PENJARA, SG JELOK, KAJANG
TARIKH IKLAN 11/03/2025
PEJABAT MEMBUAT TAWARAN TENDER CAWANGAN KEJURUTERAAN CERUN
NUR LIYANA BINTI AZAMI
03-26107152 / LIYANA.AZAMI@JKR.GOV.MY
MAKLUMAT KONTRAKTOR
TARAF BUMIPUTERA
JENIS SYARIKAT T1
PENDAFTARAN CIDBSIJIL PEROLEHAN KERJA KERAJAAN (SPKK)
GRED : G5
KATEGORI : CE
PENGKHUSUSAN : TIADA

PERAKUAN PENDAFTARAN KONTRAKTOR (PPK)
GRED : G5
KATEGORI : CE
PENGKHUSUSAN : CE08, CE10, CE21 & CE36 (KEBENARAN KHAS TIDAK DIBENARKAN)

LAIN-LAIN PENDAFTARAN PUKONSA
KELAS: KELAS B
TAJUK: TAJUK I, TAJUK IV
TAJUK KECIL: TAJUK KECIL 1 & 6, TAJUK KECIL 1 & 2
UPKJ
KELAS: KELAS BX
KEPALA: KEPALA I, KEPALA III
SUB KEPALA: SUB-KEPALA 1 & 3(A), SUB-KEPALA 1(A) &1(B)



KRITERIA PRA KELAYAKAN
MAKLUMAT DOKUMEN
HARGA RM 100
MAKLUMAT BAYARAN
BILLER CODE:KKR 177501
NOTA: KEMENTERIAN KERJA RAYA
REF 1: JKR/PERS/CKC/002/2025
Ref 2: NAMA SYARIKAT ANDA

BAYARAN TIDAK AKAN DIKEMBALIKAN SEKIRANYA PETENDER GAGAL MEMENUHI SYARAT-SYARAT YANG TELAH DITETAPKAN.

PAUTAN UNTUK MEMUAT TURUN DOKUMEN TENDER (JIKA BERKENAAN) AKAN DIAKTIFKAN SETELAH SELESAI PROSES LAWATAN TAPAK/TAKLIMAT TENDER (SEKIRANYA WAJIB) DAN PEMBAYARAN. PETENDER DIKEHENDAKI LOG MASUK KE DALAM SISTEM UNTUK MEMUAT TURUN DOKUMEN TENDER.
TARIKH MULA DIJUAL 24/03/2025
TARIKH AKHIR DIJUAL 02/04/2025
TEMPAT DIJUAL SECARA ATAS TALIAN (JKR E-TENDER)
WAKTU TUTUP JUAL TENDER05:00 PM
TEMPAT DITUTUPSECARA ATAS TALIAN (JKR E-TENDER)
TARIKH TENDER DITUTUP 23/04/2025
WAKTU TENDER DITUTUP 12:00 PM
NOTA 1. Kontraktor TIDAK DIBENARKAN untuk memohon kebenaran khas bagi kategori dan pengkhususan bidang daripada CIDB, PUKONSA atau UPKJ untuk menyertai tender ini.

2. Bagi lawatan tapak atau sesi taklimat tender yang DIWAJIBKAN, hanya PENAMA yang tercatat didalam Sijil PPK, SPKK, STB, PUKONSA atau UPKJ yang dibenarkan menghadiri lawatan tapak atau sesi taklimat berkenaan.

3. Pihak kontraktor yang berminat hendaklah membawa sijil pendaftaran PPK, SPKK & STB serta kad pengenalan PENAMA dan memastikan sijil-sijil berkenaan masih sah sekurang-kurangnya tiga (3) bulan selepas tarikh tutup tender.

4. Kontraktor/syarikat tidak boleh mewakilkan pegawai selain daripada penama dalam Sijil PPK,SPKK, STB, PUKONSA atau UPKJ.

5. Bagi lawatan tapak dan taklimat tender, pihak kontraktor yang berminat diingatkan supaya hadir 30 MINIT LEBIH AWAL dari waktu yang ditetapkan untuk memastikan proses saringan dan pendaftaran berjalan dengan lancar sebelum sesi taklimat tender & lawatan tapak bermula.

NOTA:

A. KEPERLUAN TCC (TAX COMPLIANCE CERTIFICATE)
TCC adalah DOKUMEN WAJIB yang perlu dikemukakan oleh syarikat bersama-sama dokumen tender. Sila rujuk Arahan Kepada Petender

B. JKR E-TENDERING (SISTEM JET):
Proses tender ini dilaksanakan secara dalam talian melalui Sistem JET

a) Kontraktor yang berminat menyertai tender hendaklah membuat pendaftaran dalam portal https://tender.jkr.gov.my. Pendaftaran akaun pengguna (kontraktor) hanya perlu dibuat sekali sahaja dengan menggunakan nama syarikat yang berkenaan.

b) Hanya kontraktor BERDAFTAR sahaja boleh menyertai tender yang menggunakan Sistem JET. Langkah-langkah untuk membuka akaun dan mendaftar masuk sistem boleh dirujuk menerusi Manual Pengguna yang boleh dimuat turun melalui portalhttps://tender.jkr.gov.my.

c) Kontraktor yang telah berdaftar dengan Sistem JET akan menerima ID dan kata laluan untuk log masuk, melihat paparan iklan, membeli dan mengemukakan dokumen tender.

TAKLIMAT TENDER & LAWATAN TAPAK:

a) Kontraktor yang LAYAK dan berminat dikehendaki memohon untuk hadir ke Taklimat Tender dan Lawatan Tapak melalui Sistem JET.

b) Kontraktor yang LAYAK dikehendaki membawa salinan Sijil PPK, STB, SPKK atau PUKONSA atau UPKJ yang dicetak serta kad pengenalan bagi pemilik syarikat yang berkenaan bagi tujuan pendaftaran.

c) Segala Standard Operating Procedure (SOP) yang ditetapkan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan Agensi Kerajaan yang berkaitan hendaklah dipatuhi. Sila bawa Cop Syarikat Beralamat dan Cop Bulat Syarikat untuk memudahkan urusan pendaftaran semasa taklimat tender & lawatan tapak dijalankan.

PEMBELIAN DOKUMEN TENDER:
a) Kontraktor yang LAYAK perlu memuat naik salinan (dalam format *pdf) Sijil Perakuan Pendaftaran Kontraktor (PPK), Sijil Perolehan Kerja Kerajaan (SPKK) dengan CIDB dan Sijil Taraf Bumiputera (STB); dan bukti pembayaran (Slip JomPAY) bagi tujuan pembelian dokumen tender.

b) Dokumen tender hanya akan dijual kepada Kontraktor yang LAYAK berdasarkan kepada maklumat pendaftaran dan bukti pembayaran yang dikemukakan. Bayaran TIDAK akan dikembalikan sekiranya petender gagal memenuhi syarat-syarat yang telah ditetapkan.

PERINGATAN:
Pejabat Memanggil Tender (PMT) tidak akan bertanggungjawab di atas kecuaian Kontraktor dalam memastikan kesempurnaan penerimaan emel, isu pembayaran dan dokumen yang dimuat turun.
DOKUMEN TENDER  DOKUMEN MEJA TENDER     


Selaras dengan arahan terkini tiada lagi paparan Jadual Borang Tender (JKR28).
1