1

MAKLUMAT KENYATAAN TENDER KERJA BAGI NO TENDER: JKR/CKUB/22684/2024

PERHATIAN : UNTUK MENYERTAI TENDER YANG DILAKSANAKAN OLEH JABATAN KERJA RAYA MALAYSIA MELALUI SISTEM JKR E-TENDER (JET), PETENDER PERLU MEMPUNYAI AKAUN DAN LOG MASUK KE DALAM SISTEM JET UNTUK TINDAKAN SELANJUTNYA. PENDAFTARAN AKAUN BAGI SETIAP PETENDER (SYARIKAT) ADALAH SEKALI SAHAJA. SILA HUBUNGI PEJABAT MEMBUAT TAWARAN TENDER UNTUK SEBARANG PERTANYAAN.
MAKLUMAT PROJEK
PROJEK NAIK TARAF PUSAT ASINGAN PENEMPATAN BANDUAN DAN BLOK PERALIHAN DI PENJARA SIMPANG RENGGAM, JOHOR
SYARAT KEHADIRAN KE LAWATAN TAPAK/TAKLIMAT TENDER WAJIB

MAKLUMAT LAWATAN ADALAH SEPERTI BERIKUT:
TARIKH LAWATAN: 02/05/2024
MASA LAWATAN: 10:30 AM
LOKASI LAWATAN: PENJARA SIMPANG RENGGAM, 86200 SIMPANG RENGGAM, JOHOR

MAKLUMAT TAKLIMAT ADALAH SEPERTI BERIKUT:
TARIKH TAKLIMAT: 02/05/2024
MASA TAKLIMAT: 10:30 AM
LOKASI TAKLIMAT: PENJARA SIMPANG RENGGAM, 86200 SIMPANG RENGGAM, JOHOR
TARIKH IKLAN 05/04/2024
PEJABAT MEMBUAT TAWARAN TENDER BAHAGIAN KESELAMATAN, CAWANGAN KONTRAK DAN UKUR BAHAN, IBU PEJABAT JKR MALAYSIA
SYAHRUL NAAIM BIN MD SALIM
0326165294/0326165312 / BKES03CKUB@JKR.GOV.MY
MAKLUMAT KONTRAKTOR
TARAF BUMIPUTERA
JENIS SYARIKAT TIDAK BERKENAAN
PENDAFTARAN CIDBPERAKUAN PENDAFTARAN KONTRAKTOR (PPK)
GRED : G6
KATEGORI : B
PENGKHUSUSAN : B04 & B28

SIJIL PEROLEHAN KERJA KERAJAAN (SPKK)
GRED : G6
KATEGORI : B
PENGKHUSUSAN : TIADA

LAIN-LAIN PENDAFTARAN PUKONSA
KELAS: A
TAJUK: TAJUK II
TAJUK KECIL: TAJUK KECIL 2(A) & TAJUK KECIL 9
UPKJ
KELAS: A
KEPALA: KEPALA II
SUB KEPALA: SUB KEPALA 2(A) & SUB KEPALA 6(B)



KRITERIA PRA KELAYAKAN
MAKLUMAT DOKUMEN
HARGA RM 300
MAKLUMAT BAYARAN
BILLER CODE:KKR 177501
NOTA: KEMENTERIAN KERJA RAYA
REF 1: JKR/CKUB/22684/2024
Ref 2: NAMA SYARIKAT ANDA

BAYARAN TIDAK AKAN DIKEMBALIKAN SEKIRANYA PETENDER GAGAL MEMENUHI SYARAT-SYARAT YANG TELAH DITETAPKAN.

PAUTAN UNTUK MEMUAT TURUN DOKUMEN TENDER (JIKA BERKENAAN) AKAN DIAKTIFKAN SETELAH SELESAI PROSES LAWATAN TAPAK/TAKLIMAT TENDER (SEKIRANYA WAJIB) DAN PEMBAYARAN. PETENDER DIKEHENDAKI LOG MASUK KE DALAM SISTEM UNTUK MEMUAT TURUN DOKUMEN TENDER.
TARIKH MULA DIJUAL 16/05/2024
TARIKH AKHIR DIJUAL 24/05/2024
TEMPAT DIJUAL DALAM TALIAN
WAKTU TUTUP JUAL TENDER05:00 PM
TEMPAT DITUTUPDALAM TALIAN
TARIKH TENDER DITUTUP 14/06/2024
WAKTU TENDER DITUTUP 12:00 PM
NOTA NOTA IKLAN

1. Lawatan tapak dan sesi taklimat tender adalah DIWAJIBKAN. Hanya PENAMA yang tercatat di dalam sijil PPK / SPKK / PUKONSA / UPKJ yang dibenarkan menghadiri lawatan tapak dan sesi taklimat berkenaan. Kontraktor / syarikat TIDAK BOLEH mewakilkan pegawai selain daripada penama dalam sijil PPK / SPKK / PUKONSA / UPKJ.

2. Kebenaran Khas daripada CIDB atau PUKONSA atau UPKJ TIDAK DIBENARKAN untuk pengkhususan bidang kerja yang telah ditetapkan.

3.SISTEM JKR E-TENDER (JET):

Proses tender ini dilaksanakan secara dalam talian melalui Sistem JET:
a) Kontraktor yang berminat menyertai tender hendaklah membuat pendaftaran dalam portal https://tender.jkr.gov.my . Pendaftaran akaun pengguna kontraktor hanya perlu dibuat sekali sahaja dengan menggunakan nama syarikat yang berkenaan.
b) Hanya kontraktor berdaftar sahaja boleh menyertai tender yang menggunakan Sistem JET. Langkah-langkah untuk membuka akaun dan mendaftar masuk sistem boleh dirujuk menerusi Manual Pengguna yang boleh dimuat turun melalui portal https://tender.jkr.gov.my
c) Kontraktor yang telah berdaftar dengan Sistem JET akan menerima ID dan Kata Laluan untuk log masuk, melihat paparan iklan, membeli dan mengemukakan dokumen tender.

4.TAKLIMAT TENDER & LAWATAN TAPAK:

a) Kontraktor yang LAYAK dan berminat dikehendaki untuk memohon untuk hadir ke taklimat tender & lawatan tapak melalui Sistem JET di portal https://tender.jkr.gov.my. Permohonan kontraktor untuk menghadiri taklimat tender & lawatan tapak perlu dibuat SELEWAT-LEWATNYA PADA 24 APRIL 2024 SEBELUM JAM 5.00 PETANG. Kontraktor/Syarikat juga dikehendaki mengisi Borang Maklumat kehadiran taklimat tender & lawatan tapak di pautan https://forms.gle/wj1Cg3ymzsGA3iJu6
Adalah diingatkan permohonan menghadiri taklimat tender & lawatan tapak yang dibuat selepas tarikh dan masa yang ditetapkan , TIDAK AKAN DITERIMA dan TIDAK AKAN DIPERTIMBANGKAN.
b) Permohonan kontraktor untuk menghadiri taklimat tender & lawatan tapak akan disahkan oleh pejabat yang mengeluarkan tender.
c) Kontraktor dikehendaki untuk menghadiri taklimat tender & lawatan tapak yang berkenaan pada masa, tarikh dan tempat yang telah ditetapkan.
d) Kontraktor perlu memuat naik bukti kehadiran secara dalam talian melalui Sistem JET di portal https://tender.jkr.gov.my untuk disahkan oleh pejabat yang mengeluarkan tender. Kegagalan kontraktor untuk mengemukakan bukti kehadiran taklimat tender & lawatan tapak akan menyebabkan kontraktor tidak layak menyertai tender.
e) Sila bawa Cop Syarikat Beralamat untuk memudahkan urusan pendaftaran semasa taklimat tender & lawatan tapak dijalankan.
f) Segala Standard Operating Procedure (SOP) yang ditetapkan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan Agensi Kerajaan yang berkaitan hendaklah dipatuhi.

5.PEMBELIAN DOKUMEN TENDER:

a) Kontraktor yang LAYAK perlu memuat naik salinan (dalam format *pdf):
i. Bukti pembayaran / resit bayaran (Slip JomPAY);dan
ii. Bukti pembayaran / resit bayaran (Resit Penerimaan Bayaran Deposit Security);dan
iii. Perakuan Pendaftaran Kontraktor (PPK);dan
iv. Sijil Taraf Bumiputera dari Pusat Khidmat Kontraktor ;dan
v. Sijil Perolehan Kerja Kerajaan (SPKK), CIDB atau Sijil PUKONSA atau Sijil UPKJ
b) Dokumen tender hanya akan dijual kepada kontraktor yang LAYAK berdasarkan kepada maklumat pendaftaran dan bukti pembayaran yang dikemukakan. Bayaran TIDAK akan dikembalikan sekiranya kontraktor gagal memenuhi syarat-syarat yang telah ditetapkan.

6.BAYARAN DEPOSIT UNTUK SECURITY DRAWING/ SECURITY DOCUMENT:
a) Bayaran deposit hendaklah dibayar dalam tempoh penjualan dokumen tender. Maklumat bayaran adalah seperti berikut:
i) Bayaran deposit sebanyak RM 5,000.00
ii) Dibayar dalam bentuk draf bank daripada bank yang berlesen dan beroperasi di Malaysia atau kiriman wang
iii) Dibayar atas nama Akauntan Negara Malaysia -KKR-T
b)Bayaran secara Wang Tunai atau cek adalah tidak diterima.
c)Kontraktor perlu mengemukakan salinan Asli deposit ke pejabat Cawangan Pengurusan Perolehan dan Harta (CPPH), Kementerian Kerja Raya (KKR), Tingkat Bawah Blok A, Kompleks Kementerian Kerja Raya, Jalan Sultan Salahuddin, 50582, Kuala Lumpur dalam tempoh penjualan dokumen tender
d)Kontraktor perlu memuat naik (upload) resit penerimaan bayaran deposit yang diterima daripada CPPH,KKR bersama - sama Slip JomPay bagi bayaran Dokumen Tender ke dalam sistem dalam tempoh penjualan dokumen tender bagi membolehkan petender memuat turun (download) dokumen tender.

7.PERINGATAN
Pejabat Mengeluarkan Tender (PMT) tidak akan bertanggungjawab di atas kecuaian kontraktor dalam memastikan kesempurnaan penerimaan emel, isu pembayaran dan dokumen yang dimuat turun

























































DOKUMEN TENDER  DOKUMEN MEJA TENDER     


Selaras dengan arahan terkini tiada lagi paparan Jadual Borang Tender (JKR28).
1